Remedy Entertainment iaitu pembangun untuk permainan seperti Alan Wake dan Control telah berkongsi kepada pelabur yang mereka sedang membangunkan permainan menembak multi-pemain percuma untuk dimainkan. Ia akan menyertakan mod koperasi dan PvE. (Dilaporkan terlebih dahulu oleh Game Informer).

Buat masa ini, ia dikenali sebagai Vanguard, dan mereka juga mengatakan akan bekerjasama dengan Tencent, di mana syarikat dari China tersebut akan menjadi penerbit di beberapa pasaran Asia dan juga akan hadir dengan versi permainan mudah alih untuknya.

Pada bulan lepas, Tencent telah membeli 3.8% pegangan Remedy Entertainment, oleh itu kerjasama ini bukanlah satu yang mengejutkan. Remedy Entertainment juga sebelum ini mengumumkan Epic Games Publishing akan menjadi rakan kongsi penerbitan, dan Tencent juga mempunyai pegangan di dalam Epic Games.

Vanguard (nama sementara) dibangunkan menggunakan Unreal Engine dan akan dikeluarkan untuk konsol dan juga PC, namun maklumat lanjut mengenainya masih tidak diumumkan.

Sohor Kini