Permainan video berbentuk P2E (Play-to-Earn) semakin popular dari hari ke hari, dimana ia menyertakan sokongan rantaian-blok, dan memerlukan pengguna melakukan pembelian sebelum dapat bermain sesuatu permainan, disamping menjana pendapatan melaluinya.

Terbaru, kerajaan Korea Selatan meminta pihak Google dan Apple untuk membuang permainan berbentuk P2E daripada Google Play dan juga Apple App Store.

Melalui arahan kementerian di Korea Selatan, mereka meminta pelbagai permainan yang memerlukan pembelian dalam aplikasi dilakukan sebelum bermain dihalang daripada kedai aplikasi.

Disamping itu, permainan berbentuk P2E juga tidak menerima sebarang rating umur disebabkan oleh bawah undang-undang semasa, ganjaran tunai dikira sebagai hadiah, dan tidak boleh melangkaui 10,000KRW (~RM35) pada sesuatu masa.

Pada hari ini, terdapat sejumlah permainan berbentuk P2E yang popular, dan salah satunya Axie Infinity.

Sohor Kini