Strikerz Inc sebelum ini telah mengumumkan beberapa kerjasama dengan kelab dan juga pemain bola sepak profesional untuk menjadi duta kepada permainan simulasi bola sepak mereka UFL. Antara kelab dan pemain sebelum ini adalah AS Monaco dan Roberto Firmino.

Hari ini mereka telah mengumumkan satu lagi nama dan berkemungkinan besar nama terbesar setakat ini iaitu Romelu Lukaku yang merupakan penyerang untuk kelab Chelsea FC dan Belgium. Anda boleh lihat rekaan model 3D untuk Lukaku melalui video di bawah.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang bentuk permainan untuk UFL akan diperlihatkan secara rasmi pada 27 Januari 2022 melalui satu acara khas.

UFL sudah dibangunkan sejak tahun 2016 oleh Strikerz Inc, dan akan ditawarkan secara percuma. Ia akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi tetapi mereka ingin memberikan pengalaman yang berbeza dengan permainan simulasi bola sepak yang lain.

Di dalam permainan ini, pemain akan mencipta kelab tersendiri dan memilih pemain daripada 5000 pemain bola sepak profesional yang berlesen.

Sohor Kini