Spider-man: No Way Home adalah antara filem terbesar untuk MCU dan juga untuk Sony Pictures, ini tidak mengejutkan selepas ia menjadi filem yang pertama mengutip lebih $1 bilion untuk filem-filem yang ditayangkan ketika era pandemik.

Antara yang membantu kutipan ini adalah penonton di Malaysia, selepas ditayangkan bermula dua minggu lepas, GSC telah mengumumkan yang filem tersebut telah menerima 2.3 juta penonton dan kita boleh anggarkan TGV menerima jumlah yang lebih kurang sama.

Sony Pictures juga sebelum ini telah mengumumkan yang kutipan untuk hari pertama di Malaysia adalah RM 4.1 juta dan berdasarkan Box Office Mojo di Malaysia ia telah menerima $10 juta kutipan (~RM41 juta) setakat ini.

Baca: Ulasan Spider-Man: No Way Home – Akhirnya, Filem Solo Spider-Man Sebenar Yang Semua Nantikan!

Sohor Kini