Steam hari ini telah berkongsi laporan prestasi untuk permainan-permainan di Steam bagi tahun 2021. Mereka telah berkongsi pelbagai senarai seperti permainan yang menjana pendapatan tertinggi, permainan baharu yang menjana pendapatan tertinggi dan permainan yang paling ramai pemain.

Bagi permainan yang paling ramai pemain ia dibahagikan kepada 4 kategori iaitu melebihi 200 ribu pemain serentak, melebihi 100 ribu pemain serentak, melebihi 60 ribu pemain serentak dan melebihi 30 ribu pemain serentak. Permainan-permainan di dalam setiap kategori disenaraikan secara rawak dan ia adalah seperti berikut;

Lebih 200 Ribu Pemain Serentak

  • Cyberpunk 2077
  • Counter Strike: Global Offensive
  • New World
  • Dota 2
  • PUBG Battlegrounds
  • Halo Infinite
  • Apex Legends
  • GTA V
  • Valheim
  • Rust

Lebih 100 Ribu Pemain Serentak

  • Rocket League
  • Among Us
  • Outriders
  • Team Fortress 2
  • Dead by Daylight
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Wallpaper Engine
  • Tale of Immortal
  • Destiny 2
  • Warframe
  • Resident Evil Village
  • Path of Exile
  • Farming Simulator 22
  • Naraka Bladepoint
  • Battlefield 2042
  • ARK

Anda boleh lihat senarai untuk Lebih 60 Ribu serta Lebih 30 Ribu dan juga senarai lain seperti Permainan realiti maya terbaik, atau permainan yang menyokong alat kawalan terbaik di pautan ini.

Baca: Apex Legends, PUBG Battlegrounds, Dota 2 Adalah Antara Permainan Menjana Pendapatan Tertinggi Di Steam Untuk Tahun 2021

Sohor Kini