The Batman adalah filem seterusnya yang akan membawa watak adiwira dari DC ini, ia adalah satu penceritaan baharu dan tidak akan berkait dengan mana-mana filem di bawah DCEU. Pada Oktober lepas mereka telah memperlihatkan treler kedua yang memfokuskan kepada aksi.

Hari ini, Warner Bros telah memperlihatkan treler ketiga dan memfokuskan kepada tiga watak utama iaitu Batman dan Bruce Wayne sendiri, Catwoman/Selina Kyle dan juga Riddler. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Seperti yang dinyatakan di dalam sinopsis untuk filem ini, di dalam video ini diperlihatkan yang Riddler mempunyai masalah dengan bandar Gotham dan merasakan golongan elit adalah punca masalah termasuk juga Bruce Wayne sendiri. Ini secara langsungnya akan melibatkan Batman dan Catwoman juga tampaknya ingin menghentikan Riddler.

Filem The Batman dijanka akan ditayangkan pada 4 Mac 2022 di pawagam.

Sohor Kini