Pada 17 Disember lepas, Chimeraland iaitu permainan MMO baharu oleh Level Infinite telah membuka sesi pra-pendaftaran untuk permainan tersebut, dan minggu ini mereka telah mengumumkan yang ia telah menerima lebih 300 ribu pra-pendaftaran oleh pemain yang berminat untuk mencuba.

Chimeraland adalah permainan MMO yang akan dikeluarkan untuk PC dan juga peranti pintar iaitu iOS serta Android. Antara tarikan utama mengenai permainan ini adalah ia menggunakan tema ketimuran yang mengambil inspirasi daripada penulisan sastera dari China.

Pemain boleh berjumpa dengan pelbagai jenis raksasa bukan sahaja untuk melawan tetapi untuk menjinakkan untuk dijadikan sebagai ‘Chimeras’ yang akan mempunyai kebolehan yang unik. Mereka juga mengatakan ia mempunyai satu kawasan yang luas dan tidak akan ada “dinding halimunan” untuk menghalang pemain daripada memasuki sesuatu kawasan.

Mereka menyasarkan untuk lancar Chimeraland pada awal tahun 2022 untuk PC, iOS dan Android, namun sementara itu, mereka telah berkongsi beberapa video bentuk permainan yang anda boleh tonton di Channel Youtube Rasmi mereka.

Sohor Kini