Watak angkasawan dari permainan Among Us boleh dikatakan sebagai antara angkasawan yang paling popular sekarang, terutama semasa permainan tersebut mendapat sambutan yang mengejutkan pada tahun lepas. Secara jujurnya, ia juga satu watak yang agak comel.

Jika anda ingin memiliki figura Among Us, tiada pilihan yang lebih baik berbanding figura Nendoroid oleh Good Smiles Company di mana mereka sudah mengumumkannya secara rasmi dan sesi pra-tempahan kini dibuka sehingga 3 Mac 2022.

Figura ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Biru Kehijauan, Merah dan Hitam. Seperti nendoroid-nendoroid lain, figura ini boleh diubah rupa, termasuk juga dalam bentuk selepas terbunuh di dalam permainan ataupun menunding jari untuk menuduh.

Setiap satunya ditawarkan dengan harga ¥3,900 (~RM142) dengan penghantaran dijangka akan bermula pada bulan September 2022. Jika berminat, anda boleh lakukan pra-tempahan di pautan ini.

Sohor Kini