Mihoyo hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 2.4 akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Januari. Seperti biasa ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuk juga kawasan dan watak.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Perkara pertama yang pemain boleh nantikan melalui kemaskini ini adalah kawasan baharu iaitu Enkanomiya iaitu satu pulau terapung yang berada di bawah lautan. Dengan ia pernah didiami oleh moyang kepada penduduk Pulau Watatsumi, ia akan mempunyai peninggalan tamadun lepas.

Enkanomiya tidak mempunyai malam ataupun siang oleh itu pemain akan menggunakan Dainichi Mikoshi iaitu matahari buatan yang dihasilkan oleh tamadun lepas untuk menyelesaikan pelbagai tekaria di kawasan ini. Ia juga akan menyertakan raksasa baharu untuk pemain bertempur termasuk juga Abyss Lector: Fathomless Flames.

Selain itu, dua watak baharu juga akan disertakan iaitu Shenhe yang merupakan watak 5-bintang dan menggunakan senjata polearm. Dia mempunyai kuasa Cryo dan mempunyai kebolehan untuk meningkatkan kekuatan serangan Cryo oleh watak lain di dalam kumpulan. Dia juga boleh meningkatkan kebolehan Elemental dan serangan biasa.

Watak seterusnya adalah Yun Jin yang juga menggunakan polearm, dia menggunakan elemen Geo dan mempunyai kebolehan untuk meningkatkan serangan biasa rakan pasukan berdasarkan kekuatan pertahanan yang dia ada. Xiao, Ganyu dan Zhongli juga akan menjadi antara watak yang akan kembali di dalam Event Wishes mereka sendirt.

Bersempena dengan tahun baharu, versi 2.4 ini juga akan mempunyai acara dan penceritaan baharu yang memfokuskan Liyue Harbor, termasuk juga kembalinya Lantern Rite dan Jade Chamber yang musnah sebelum ini. Pelbagai acara lain akan dianjurkan yang akan memberi pemain peluang untuk mendapatkan 10 Interwined Fates dan juga mendapat satu daripada 8 watak 4-bintang Liyue secara percuma.

Ningguang dan Keqings juga diumumkan akan mendapat kostum baharu dengan kostum Nigguang boleh didapatkan melalui acara secara percuma dan Keqings boleh dibeli.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini