Selepas filem pertama untuk Harry Potter dikeluarkan pada tahun 2001, ramai sudah menjangkakan yang ia akan menjadi satu siri yang istimewa dan popular. Melihat sekarang, boleh dikatakan yang jangkaan tersebut adalah sangat tepat.

Namun, EA tampaknya mempunyai jangkaan yang berbeza. Menurut Kim Salzer yang pernah menjadi Pengarah Pemasaran Produk di syarikat tersebut mengatakan yang EA telah melakukan percubaan awal untuk hadir dengan permainan MMO berdasarkan Harry Potter.

Namun, projek tersebut dibatalkan dan menurut Kim Salzer ia adalah disebabkan EA tidak tahu ataupun tidak menjangkakan yang permainan tersebut akan bertahan lama. Salzer bersama dengan EA pada tahun 2000 sehingga 2003, oleh itu boleh dikatakan yang projek tersebut mungkin bermula selepas filem pertama dikeluarkan.

Namun, seperti kita sedia maklum, EA masih lagi hadir dengan pelbagai permainan Harry Potter termasuk juga untuk setiap judul sehingga 2011, IP untuk permainan Harry Potter kini sepenuhnya dipegang oleh Warner Bros Games yang sedang membangunkan Hogwarts Legacy.

Sohor Kini