Pada bulan Oktober lepas, Rare telah mengumumkan yang permainan Sea of Thieves mereka telah mempunyai 25 juta pemain sejak dikeluarkan pada tahun 2018. Melalui pengumuman terbaru, kita boleh katakan sekurang-kurangnya 5 juta pemain mendapatkan permainan tersebut di Steam.

Melalui perkongsian di Steam, mereka telah mengatakan yang permainan tersebut telah terjual melebihi 5 juta unit di Steam. Sea of Thieves ditawarkan di Steam lebih kurang 2 tahun selepas ia dilancarkan iaitu pada tahun 2020. Walaupun ia juga ditawarkan melalui Xbox Game Pass akan tetapi tampaknya pemain masih lagi membelinya di platform lain.

Di pengumuman yang sama mereka juga berterima kasih kepada komuniti yang terus menghidupkan permainan ini dengan mempunyai lebih 10 ribu perbincangan di Steam, dan juga 300 ribu ahli di Discord dan menawarkan emote percuma kepada semua pemain yang log masuk permainan tersebut dari 22 Disember sehingga 29 Disember.

Sea of Thieves sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Microsoft Store dan juga Steam.

Sohor Kini