StreamElement telah mengeluarkan laporan penstriman bagi tahun 2021, data yang digunakan adalah berdasarkan data yang disediakan oleh Rainmaker. Antara yang dinyatakan adalah jumlah jam tontonan di Twitch telah meningkat sebanyak 45% berbanding tahun lepas, manakala Facebook Gaming memperlihatkan peningkatan sebanyak 47%.

Manakala bagi tontonan mengikut kategori pula, ‘Just Chatting’ adalah paling popular dan ia tidak mengejutkan kerana kebiasaan strimer akan menggunakan kategori ini terlebih dahulu sebelum beralih ke kategori lain ataupun permainan.

Bagi permainan pula, Grand Theft Auto V adalah paling popular dengan 2.1 Bilion jam tontonan diikuti dengan League of Legends, Fortnite, Valorant dan Minecraft. Bagi permainan baharu pula, New World oleh Amazon Game Studios adalah paling popular dengan 259 juta jam tontonan berada di kedudukan no 18 keseluruhan.

xQcOW ataupun nama sebenar beliau Félix Lengyel merupakan strimer paling popular di Twitch yang mencatat 261 juta jam tontonan diikuti dengan Coringa, Gaules, Montana Black, dan Auronplay.

Sohor Kini