PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka akan melakukan sambutan Hari Krismas dengan pelbagai aktiviti menarik bukan sahaja di dalam permainan tetapi juga di luar permainan. Bermula pada 24 Disember sehingga 26 Disember, pemain boleh berjumpa dengan watak-watak dari PUBG Mobile apabila mereka akan membuat penampilan di Sunway Pyramid Mall.

Pemain boleh menjumpai mereka pada pukul 5 petang sehingga 10 malam setiap hari dan boleh mengambil gambar bersama dengan mereka. Anda boleh muat naik gambar tersebut laman media sosial dengan menggunakan tagar #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman untuk berpeluang memenangi barangan di dalam permainan termasuk juga 100 ribu UC.

Selain watak dari PUBG Mobile, Spider-man juga akan membuat penampilan bersempena dengan acara kolaborasi yang diumumkan sebelum ini, akan hadir juga adalah pencipta kandungan tempatan dan flash mob juga akan dilakukan pada waktu rawak pada 25 Disember.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android, ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini