Surrealism iaitu pasukan dari Thailand telah menjadi juara untuk kejohanan esukan Kartrider Rush+ Race Master SEA 2021 yang menjadikan mereka sebagai wakil untuk Asia Tenggara di kejohanan Asian Champions Cup 2022 selain membawa pulang $2000 dan juga barangan di dalam permainan.

Mereka telah mengalahkan 48 pasukan lain, dengan Dozonga, Valkyrie dan DeathLine berada di tempat kedua, ketiga, dan keempat, kesemua pasukan adalah dari Thailand. Setiap daripada mereka membawa pulang hadiah tunai manakala setiap pasukan yang berada di kedudukan 16 teratas akan mendapat Silver Gear Starter dan 1000 K-Coin.

KartRider Rush+ sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini