Skip to main content

Malaysia telah dikejutkan dengan banjir yang masih lagi menjadi masalah di beberapa tempat, ia bukan sahaja mengakibatkan kehilangan tempat tinggal dan harta benda tetapi ada juga kehilangan nyawa berlaku. Satu tragedi yang akan tercatat di dalam sejarah negara, satu tragedi yang juga membuktikan kita perlu menjadi lebih baik di dalam pengurusan bencana alam.

Bagi menyediakan platform untuk membuka ruang kepada lebih ramai lagi orang untuk membantu, Ehronlime iaitu pencipta permainan tabletop dari Malaysia bersama dengan beberapa lagi pencipta lain seperti Aaron Lim, Alyssa Yeo, Centaur Games, Kristen Chin, Nana, Rick Chia, Samuel Mui Shen Ern, Tun Kai Poh, Valis Teoh dan Zuhayri Mohamed telah hadir dengan berkas yang menyertakan pelbagai permainan oleh mereka.

Berkas ini ditawarkan dengan harga dua iaitu $15 dan $45 yang setiapnya memberikan pelbagai permainan tabletop anda boleh memilih untuk memberikan lebih daripada itu, setiap kutipan daripada jualan ini akan diberikan kepada Bantuan Mangsa Banjir yang dilancarkan oleh Mercy Malaysia, mereka pada awalnya menyasarkan $1 ribu kutipan sahaja dan setakat ini ia telah jauh melebihi sasaran tersebut dan mengutip $13 ribu (RM55 ribu).

Oleh kerana sumbangan yang tinggi ini, Ehronlime juga mengatakan yang mereka akan turut memberikan sebahagian daripada kutipan ini kepada Filipina yang turut terkesan dengan bencana alam.

Anda boleh membaca lanjut mengenai berkas ini di laman itch.io.

Leave a Reply