Mattel dan Milestone telah mengumumkan yang permainan Hot Wheels Unleashed mereka telah terjual sebanyak 1 juta unit secara digital dan fizikal sejak dilancarkan pada 30 September lepas. Pencapaian tersebut juga menjadikan ia adalah permainan terlaris untuk Milestone.

Milestone adalah pembangun yang popular dengan permainan simulasi lumba seperti siri permainan MotoGP, Ride, dan Monster Energy Supercross.

Hot Wheels Unleashed adalah permainan lumba kereta yang menggunakan kereta-kereta di bawah jenama Hot Wheels, semasa pelancaran ia menyertakan 66 pilihan kereta berbeza dan telah menerima pelbagai kandungan tambahan termasuk juga kandungan berdasarkan siri Batman.

IaHot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini