Riot Games telah mengumumakan yang permainan menembak mereka iaitu Valorant mempunyai secara purata 14 juta pemain yang aktif setiap bulan, menjadikan ia adalah antara permainan popular di dalam genre ini, walaupun baru dikeluarkan setahun yang dahulu.

Mereka juga mengatakan bahagian esukan untuk permainan ini telah berkembang dengan baik. Seperti kita sedia maklum baru-baru ini mereka telah berjaya menganjurkan kejohanan terbesar untuknya iaitu Valorant Champions 2021 yang memperlihatkan pasukan Acend telah menjadi juara selepas mengalahkan Gambit Esports di peringkat akhir.

Selain itu,kejohanan tersebut juga telah menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan untuk pasukan dari Asia Tenggara apabila mendapat tiga perwakilan iaitu X10, Team Secret dan Full Sense. Riot Games mengatakan yang penglibatan pemain di dalam esukan untuk Valorant di benua ini terus meningkat dengan terdapat lebih 1200 pasukan dengan lebih 6500 pemain yang terlibat bagi tahun ini.

Bersempena dengan itu, termasuk juga sebagai sambutan tahun yang baik untuk esukan Valorant, mereka telah mengumumkan pertandingan untuk semua pemain yang kreatif. Mereka telah bekerjasama dengan Sam Lo iaitu artis visual yang menghasilkan karya berdasarkan tiga pasukan yang mewakili Asia Tenggara.

Anda berpeluang untuk mendapatkan karya ini yang juga akan ditanda-tangani oleh ahli-ahli pasukan tersebut. Untuk menyertai, anda hanya perlu menghantar karya tersendiri. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan;

  • 10 Pemenang (penyokong x10) – Karya + pad tetikus khas
  • 10 Pemenang (penyokong Team Secret) – Karya + pad tetikus khas
  • 10 Pemenang (penyokong Full Sense) – Karya + pad tetikus khas
  • 20 Pemenang – Pad tetikus khas dan Pek Barangan cenderahati

JIka berminat anda baca maklumat lanjut dan juga mendaftar melalui pautan ini.

Valorang sudah dikeluarkan untuk PC, iadalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini