Nexon telah melancarkan kemaskini baharu untuk permainan mudah alih MapleStory M melaluinya ia akan menyertakan kelas baharu iaitu Pathfinder. Selain itu, ia juga akan menyertakan pelbagai kandungan bersempena dengan musim sejuk dan juga akhir tahun.

Pathfinder adalah kelas yang akan menggunakan panah, pemain yang ingin menggunakan kelas baharu ini boleh menyertai acara Mega Burning dan On-Time/Growth untuk meningkatkan tahap dengan lebih cepat.

Selain itu, mereka juga mengumumkan acara Pathfinder Link Event sehingga 19 Januari 2022, di mana pemain akan mendapat pelbagai ganjaran setelah mencapai tahap 70, 120 dan 140.

Peta baharu juga akan disertakan di Arcane River iaitu Lachelein yang akan menyertakan misi, raksasa dan juga pelbagai kawasan baharu untuk diteroka. MapleStory M juga akan meningkatkan had tahap ke 250.

Selain Pathfinder, pemain juga boleh melakukan pelbagai aktiviti bersempena dengan musim sejuk dan akhir tahun yang akan berlangsung sehingga bulan Januari seperti berikut;

  • I&B Burning Challenge Mission Event sehingga 19 Januari 2022
  • Holiday Mr. Kim’s Gift sehingga 30 Disember 2021
  • Winter Happyville Events sepanjang bulan Disember sehingga Januari
  • 2022 Countdown Event
  • Snowflake Snowpark
  • 2022 New Year Wheel

MapleStory M sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini