Square Enix telah mengumumkan yang permainan arked perlumbaan kereta Circuit Superstars akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 27 Januari 2022. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Circuit Superstars sebelum ini sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan juga PC. Square Enix juga mengesahkan yang permainan ini menyokong fungsi rentas platform di ketiga-tiga platform. Ia juga diumumkan untuk Nintendo Switch akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih 12 jenis kenderaan berbeza yang terdiri daripada jenis yang berbeza seperti GT, F1 dan kereta lumba biasa. Ia juga menyertakan 13 lokasi perlumbaan berbeza untuk anda berlumba secara berseorangan ataupun secara multi-pemain dalam talian dan juga setempat.

Circuit Superstars dibangunkan oleh Original Fire Games dan diterbitkan oleh Square Enix sebagai sebahagian daripada program untuk permainan indie iaitu Square Enix Collective.

Sohor Kini