Sebelum ini kamu sudah berkongsi yang Epic Games Store sedang menganjurkan jualan promosi bersempena akhir tahun. Selain itu, mereka juga akan menawarkan satu permainan percuma setiap hari.

Bagi hari ini ia menawarkan Salt and Sanctuary yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 12 tengah malan hari ini, oleh itu jangan terlepas untuk dapatkannya.

Kami akan kongsikan permainan-permainan baharu yang ditawarkan percuma di Epic Games Store melalui senarai di bawah;

  • 17 Disember – Shenmue 3
  • 18 Disember – Neon Abyss
  • 19 Disember – Remnant from the Ashes
  • 20 Disember – The Vanishing of Ethan Carter
  • 21 Disember – Loop Hero
  • 22 Disember – Second Extinction
  • 23 Disember – Mutant Year Zero: Road to Eden
  • 24 Disember – Vampyr
  • 25 Disember – Pathfinder: Kingmaker – Enhanced Plus Edition
  • 26 Disember – Prey
  • 27 Disember – Control
  • 28 Disember – Mage of Mystralia
  • 29 Disember – Moving Out
  • 30 Disember – Salt and Sanctuary

Epic Games Store juga menganjurkan jualan promosi akhir tahun bermula sekarang sehingga 6 Januari 2022, selain menawarkan potongan harga, mereka juga membawa kembali kupon $10 tanpa had, setiap akaun akan mendapat satu sebagai permulaan dan setiap kali membeli permainan berharga lebih RM59.99.

Anda boleh lihat senarai penuh permainan yang ditawarkan dengan harga promosi di pautan ini.

Sohor Kini