MBO Cinemas merupakan salah satu panggung wayang yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik dan sinema-sinema yang dioptimasikan dalam penawaran pengalaman menonton filem yang mengasyikkan. Terbaru, hari ini MBO Cinemas mengumumkan mereka akan kembali beroperasi.

Selari dengannya juga, MBO Cinemas menawarkan tayangan percuma sejumlah filem kepada orang ramai bermula 24 Disember 2021 sehingga 26 Disember 2021 kelak. Tayangan percuma ini akan ditawarkan di Atria Shopping Gallery.

Pembukaan rasmi kembali MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery akan diadakan pada 29 Disember 2021 ini. MBO Cinemas juga akan membuka scara berperingkat di beberapa buah lokasi lain termasuk Elements Mall Melaka, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Brem Mall, Space U8 dan U-Mall Skudai – selain lokasi baharu pada 2022.

Info lanjut berkenaan tayangan percuma ini bakal dikongsikan MBO Cinemas tidak lama lagi.

Sohor Kini