Fortnite telah mengumumkan acara Winterfest 2021 yang akan berlangsung di dalam permainan tersebut. Ia akan menyertakan misi dan juga ganjaran baharu untuk didapatkan oleh pemain. Ia juga akan menerima mod permainan yang berkait dengan musim sejuk.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Ia juga akan membawa pelbagai barangan kosmetik baharu termasuk juga Spider-man yang menggunakan kostum terbaru dari No Way Home termasuk juga rupa Tom Holland. MJ yang dilakonkan oleh Zendaya. Ini adalah kali kedua watak Zendaya disertakan di dalam Fortnite, sebelum ini beliau disertakan sebagai Chani iaitu watak dari filem Dune.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini