Kami sebelum ini telah berkongsi yang Among Us telah dikeluarkan untuk PlayStation dan juga Xbox, ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass. Bersama dengan Among Us, Microsoft juga telah mengumumkan beberapa lagi permainan yang akan menyertai perkhidmatan tersebut bermula hari ini antaranya adalah Mortal Kombat 11, The Gunk dan juga Broken Age.
Berikut adalah permainan yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass bermula hari ini;
Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Disember;
Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.