Nexon minggu ini akhirnya melancarkan sambungan untuk penceritaan utama bagi permainan RPG mereka Blue Archieve. Chapter 1 “Retromania” of Volume 2 “Clockwork Flower Pavane.” ini akan membawa pemain ke Game Development Department of the Millennium Science School dan akan diperkenalkan dengan dua watak baharu iaitu Midori Dan Momoi.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sebagai watak kembar, jika pemain menggunakan Midori dan Momoi di dalam satu kumpula, ia akan mempertingkatkan kekuatan untuk Ex Skill dan juga Sub Skill.

Bersama dengan penceritaan ini, misi, kawasan dan kempen baharu juga akan disertakan. Pemain juga akan mempunyai raid boss baharu iaitu Chesed di dalam Total Assault. Pemain yang log masuk sekarang sehingga 21 Disember juga kana mendapat 1200 Pyroxens dan 80 AP.

Blue Archive sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini