CyGames dan Arc System Works telah melancarkan edisi baharu untuk permainan perlawanan mereka Granblue Fantasy: Versus iaitu Legendary Edition yang akan menyertakan kesemua watak yang tiba secara DLC sebelum ini. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan juga PC.

Granblue Fantasy: Versus telah menerima 13 watak DLC sejak dilancarkan termasuk juga dua yang terbaru iaitu Vira dan Avatar Belial yang juga boleh didapatkan secara berasingan dengan harga RM38.

Granblue Fantasy: Versus iaitu Legendary Edition Ditawarkan dengan harga RM194 di PS Store dan juga Steam. Permainan asas boleh didapatkan dengan harga RM69 dan setiap watak DLC boleh didapatkan dengan berasingan dengan harga dari RM17 sehingga RM30.

Granblue Fantasy: Versus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, dan PC.

Sohor Kini