GOG telah menganjurkan jualan promosi bersempena dengan musim sejuk, ia akan berlangsung sehingga 5 Januari 2022. Ia menawarkan pelbagai permainan dengan potongan harga dan berikut adalah antara permainan menarik yang disertakan;

  • Darkest Dungeon – $3.74
  • Deus EX: Human Revolution – $2.99
  • Cyberpunk 2077 – $25.99
  • Disco Elysium – The Final Cut – $17.99
  • The Witcher 3: Wild Hunt – $9.99
  • Hellblade: Senua’s Sacrifice – $7.49
  • Biomutant – $29.99
  • Psychonauts 2 – $38.99
  • Metro Exodus Gold Edition – $14.79
  • The Outer Worlds – $19.79

Anda boleh lihat senarai penuh untuk jualan promosi di pautan ini.

Selain itu, mereka juga telah menawarkan satu permainan percuma iaitu Shadow Tactics: Blade of the Shogun yang boleh ditebus sehingga 16 Disember 2021. Ia merupakan permainan aksi yang memfokuskan kepada menyelinap dan juga strategi.

Ia dibangunkan oleh Mimimi Productions dan diterbitkan Daedalic Entertainment sejak tahun 2016 lagi. Anda boleh tebus melalui pautan ini.

Sohor Kini