The Hollywood Reporter telah melaporkan yang The CW akan menambah satu lagi siri berdasarkan DC Comics di dalam katalog siri TV mereka iaitu Gotham Knights. Ia akan ditulis oleh James Stoteraux, Natalie Abrams dan Chad Fiveash yang juga merupakan penulis untuk siri Batwoman.

Mereka mengatakan ini bukanlah siri sampingan untuk Batwoman akan tetapi berdasarkan watak baharu dari DC Comics yang dihasilkan oleh Bob Kane with Bill Finger. Ia juga tidak akan berkait dengan permainan Gotham Knights yang sedang dibangunkan oleh Warner Bros. Games Montreal.

Berdasarkan sinopsis ringkas yang dikongsi, anak angkat Batman telah membentuk pasukan dengan anak-anak kepada musuh Batman, di mana mereka dituduh telah membunuh Batman. Di dalam siri ini mereka akan cuba untuk membersihkan nama mereka tetapi juga menjadi pengisi kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh Batman.

Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh siaran untuk siri ini.

Sohor Kini