Valorant Champions 2021 iaitu kejohanan terbesar dan juga penutup untuk Valorant Champions Tour 2021 telah dianjurkan dengan jayanya bermula 1 Disember sehingga 12 Disember lepas. Ia melibatkan 16 pasukan yang merupakan pasukan terbaik untuk sepanjang musim ini.

Walaupun sebelum kejohanan pasukan-pasukan dari Amerika Utara seperti Sentinels dan Team Envy yang dijangka akan memenangi kejohanan ini, namun pasukan Eropah tampaknya mendominasi dengan mengambil tempat pertama sehingga ketiga.

Acend mendapat tempat pertama selepas mengalahkan Gambit Esports di peringkat akhir. Sebelum ke peringkat akhir, mereka telah mendapat tempat pertama untuk peringkat kumpulan, mengalahkan Team Secret di peringkat suku akhir dan Team Liquid di peringkat separuh akhir. Sebagai juara mereka membawa pulang hadiah wang tunai $350 ribu (~RM1.4 juta).

Di tempat kedua Gambit Esports membawa pulang $150 ribu (~RM634 ribu) dan Team Liquid bersama dengan KRU Esports membawa pulang $90 ribu (~RM380 ribu) dengan menduduki tempat ketiga dan keempat.

Selain itu, Riot Games juga telah mengumumkan secara rasmi Valorant Champions Tour 2022 yang akan bermula dengan Valorant Challengers pada bulan Februari sehingga Mac dan pada bulan Mei sehingga Jun. Manakala Valorant Masters dijangka akan dianjurkan pada bulan April dan bulan Julai.

Valorant Last Chance Qualifier sebagai peluang terakhir untuk melayakkan diri ke Valorant Champions akan dianjurkan pada bulan Ogos dan penutup Valorant Champions 2022 akan dianjurkan pada bulan September.

Mereka juga mengatakan akan memulakan kejohanan baharu bermula bulan Oktober termasuk juga Valorant Game Changers pada bulan November sehingga Disember.

Sohor Kini