Gun Interactive bersama dengan Sumo Nottingham ketika The Game Awards 2021 telah mengumumkan yang mereka akan tiba dengan permainan multi-pemain The Texas Chain Saw Massacre untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Buat masa ini tidak diperlihatkan lagi bentuk permainan, akan tetapi ia berkemungkinan besar lebih kurang dengan permainan oleh Gun Interactive sebelum ini iaitu Friday the 13th: The Game yang terpaksa dihentikan jualan kerana masalah lesen.

Permainan ini adalah adaptasi kepada filem seram The Texas Chain Saw Massacre yang dikeluarkan pada tahun 1974, yang dikatakan berdasarkan kisah benar akan tetapi walaupun filem tersebut mengambil inspirasi daripada pembunuh bersiri Ed Gein, penceritaan yang disampaikan kebanyakan adalah rekaan semata-mata.

Di pasaran Asia, Koch Media akan menjadi penerbit untuk versi digital dan juga fizikal.

Sohor Kini