Remedy Entertainment ketika The Game Awards 2021 telah mengumumkan yang mereka akhirnya sedang membangunkan permainan susulan untuk Alan Wake. Mereka mengumumkan yang Alan Wake 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Mereka juga mengatakan yang sebelum Alan Wake yang pertama dikeluarkan lagi mereka sudah merancang untuk mempunyai permainan susulan, akan tetapi akibat pelbagai masalah, projek Alan Wake 2 sering tergendala. Namun, kini dengan kerjasama bersama dengan Epic Games Publishing, ia akan menjadi realiti.

Walaupun satu permainan susulan, Remedy Entertainment mengatakan yang ia akan menggunakan genre yang berbeza dengan permainan pertama, yang mempunyai elemen seram tetapi satu permainan aksi. Alan Wake 2 akan menjadi permainan seram ketahanan hidup.

Mereka juga mengesahkan yang pemain tidak perlu bermain permainan pertama sebelum permainan yang kedua akan tetapi ia akan jadi lebih menarik jika mereka melakukannya. Alan Wake Remastered baru sahaja dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini