Kemaskini: Anda kini boleh muat turun PUBG: Battlegrounds melalui Steam, bagi yang sudah membelinya sebelum ini secara automatik akan menerima Battleground Plus.

Krafton ketika The Game Awards telah mengumumkan yang permainan battle royale PUBG: Battlegrounds akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan bermula pada 12 Januari 2022. Ia akan mengikut versi lain untuk permainan tersebut seperti PUBG Mobile dan PUBG: New State.

Namun, pemain yang bermain secara percuma tidak akan dapat mengakses beberapa bahagian permainan iaitu mod Ranked dan juga mod Custom di mana mereka akan memperkenalkan sistem naik taraf ‘Battleground Plus’ yang akan ditawarkan dengan harga $12.99.

PUBG: Battlegrounds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini