Atlus dan Sega telah mengumumkan yang Persona 4 Arena Ultimax akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC pada 17 Mac 2022. Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara The Game Awards 2021 yang sedang berlangsung sekarang.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Persona 4 Arena Ultimax merupakan permainan perlawanan yang menggunakan pelbagai watak dari permainan Persona 4. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2014 untuk PlayStation 3 dan Xbox 360.

Ia kini boleh di pra-tempah dengan harga RM99 dan di Steam, jika anda memiliki Persona 4 Golden diskaun akan ditawarkan buat masa terhad.

Sohor Kini