Ubisoft telah mengumumkan yang kemaskini akan datang untuk Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan tidak lama lagi, kemaskini mempunyai saiz yang besar kerana ia adalah bagaikan satu pemasangan semula berbanding kemaskini biasa.

Berikut adalah saiz kemaskini mengikut platform;

  • PC ~78 GB
  • PS4 ~67 GB
  • PS5 ~40 GB
  • Xbox One ~62 GB
  • Xbox Series ~71 GB

Namun dengan pemasangan kemaskini ini, ia akan mengurangkan fail pemasangan untuk Assassin’s Creed Valhalla di kesemua platform, terutamanya Xbox Series yang berkurang sebanyak ~44GB berbanding sebelum ini. Berikut adalah jumlah pengurangan untuk setiap platform;

  • PC ~34 GB
  • PS4 ~30 GB
  • PS5 ~13 GB
  • Xbox One ~30 GB
  • Xbox Series ~44 GB

Ubisoft juga mengatakan yang pengurangan saiz fail pemasangan ini adalah penting untuk membolehkan mereka menambah lebih banyak kandungan di masa hadapan.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Sohor Kini