SEGA telah melancarkan pek kandungan tambahan untuk permainan perlawanan Virtual Fighter 5: Ultimate Showdown mereka yang menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan Yakuza iaitu ‘Yakuza Series Collaboration Pack”. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui pek ini, ia akan menyertakan pelbagai barangan seperti kostum dan lagu. Senarai penuh adalah seperti berikut;

  • 650 Barangan hiasan untuk watak
  • 19 kostum watak
  • 19 kostum berdasarkan watak Yakuza
  • 20 Muzik runut Yakuza
  • 20 Muzk runut “Virtua Fighter 3” yang diatur semula
  • 40 setem penonton

Anda boleh dapatkan pek ini bersama permainan Virtual Fighter 5: Ultimate Showdown dengan harga RM117, jika anda sudah memilikinya, ataupun mendapatkannya melalui penawaran PS Plus sebelum ini, pek ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM39.

Virtual Fighter 5: Ultimate Showdown merupakan versi penambah-baikkan untuk Virutal Fighter 5 yang dikeluarkan pada tahun 2007. Ia dikeluarkan untuk PS4 serta boleh dimainkan di PS5 melalui keserasian belakang dan juga mesin arked.

Sohor Kini