Pada bulan Julai tahun lepas, Bandai Namco telah melancarkan permainan mudah alih Tales of Crestoria yang merupakan permainan RPG dan percuma untuk dimuat turun. Namun, kurang daripada 2 tahun selepas dilancarkan, mereka telah mengumumkan yang perkhidmatan Tales of Crestoria akan ditutup pada 6 Februari 2022.

Walaupun sudah dilancarkan secara global sejak tahun lepas, Tales of Crestoria kurang dipercakapkan menandakan ia tidak mendapat sambutan yang baik, selain itu Bandai Namco juga mempunyai permainan Tales of Luminaria yang baru sahaja dilancarkan 4 November lepas, mungkin menjadi penyebab mereka mengambil keputusan untuk menutup Tales of Crestoria.

Anda masih memuat turun dan juga bermain Tales of Crestoria tetapi kesemua pembelian di dalam aplikasi telah ditutup sebagai persediaan sebelum ditutup sepenuhnya kelak.

Sohor Kini