Pada bulan April lepas, kami sudah melaporkan yang Nintendo telah memfailkan saman terhadap Max Louaran, Gary Bowser dan Yuannig Chen iaitu ahli kepada Team-Xecuter yang bertanggungjawab menghasilkan mod untuk menggodam Nintendo Switch dan juga Nintendo 3DS untuk memainkan permainan cetak rompak.

Keputusan daripada kes saman tersebut, Gary Bowser yang sudah berada di Amerika Syarikat (tempat pertuduhan) telah didenda sebanyak $4.5 juta, dan mungkin akan dipenjarakan. Terkini, melalui saman yang berlainan oleh Nintendo (dilaporkan terlebih dahulu oleh VGC) terhadap Gary Bowser, beliau perlu membayar $10 juta lagi kerana kesalahan mengedar mod-mod tersebut.

Nintendo sebelum ini mengatakan yang mereka akan bertindak tegas terhadap Team-Xecuter untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada mana-mana individu ataupun organisasi yang cuba mendapat keuntungan daripada produk mereka yang juga akan membawa kerugian.

Dua orang lagi yang sudah disabit bersalah iaitu Max Louaran sudah ditangkap di Kanada tetapi tidak dipindahkan lagi ke Amerika Syarikat, manakala Yuannig Chen masih belum ditangkap.

Sohor Kini