Unreal Engine 5 merupakan enjin permainan terbaru oleh Epic Games dan ia dikatakan sebagai enjin yang khusus untuk generasi baharu permainan video.

Mereka sebelum ini telah memperlihatkan apa yang boleh dilakukan oleh enjin ini melalui demo visual, mereka juga telah hadir dengan The Matrix Awakens yang akan memberikan demo teknologi untuknya.

Selain itu, melalui ciapan yang dikongsi oleh akaun Twitter rasmi untuk Unreal Engine, dengan pelancaran musim baharu untuk Fortnite, mereka telah mengatakan yang Fortnite kini menggunakan Unreal Engine 5. Antara permainan terawal yang menggunakannya dan sudah dikeluarkan.

Baca: Pemain Memuji Spider-man Di Dalam Fortnite Dan Membandingkannya Dengan Marvel’s Avengers

Buat masa ini, masih tiada perubahan yang diperlihatkan akan tetapi dengan menggunakan enjin baharu yang mempunyai pelbagai peralatan yang lebih baik, ia mungkin akan memperlihatkan penambah-baikkan di masa hadapan.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini