Ini Adalah Spesifikasi PC Yang Diperlukan Untuk God of War

Permainan terbaik untuk tahun 2018 dan juga boleh dikatakan sebagai antara permainan terbaik sepanjang zaman iaitu God of War akan dikeluarkan di PC tidak lama lagi. Bersempena dengannya, Sony Interactive Entertainment telah berkongsi treler khas yang memperlihatkan kelebihan untuk fungsi PC.

Dengan kerjasama bersama dengan NVIDIA, God of War di PC akan menyokong DLSS untuk membolehkan pemain mendapat resolusi yang lebih tinggi tanpa memberi kesan kepada prestasi, selain itu ia juga menyokong NVIDIA Reflex untuk memberi sesi permainan yang lebih responsif.

Selain itu, SIE juga berkongsi spesifikasi cadangan untuk beberapa tetapan seperti di bawah;

Walaupun ia meletakkan 60FPS sahaja akan tetapi SIE telah mengesahkan yang ia akan menyokong kadar kelancaran tanpa had, oleh itu jika anda mempunyai PC yang berspesifikasi tinggi anda boleh dapatkan kadar kelancaran melebih 60FPS. Ia juga akan menyokong paparan lebar dan menyokong penggunaan alat kawalan.

God of War untuk PC akan dikeluarkan pada 15 Januari 2022, dan seperti kami katakan di atas ia adalah permainan terbaik pada tahun 2018 dan anda boleh baca ulasan kami untuk versi PS4; Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut.

Sohor Kini