Codemasters dan EA pada bulan Julai lepas telah mengumumkan permainan baharu untuk siri Grid iaitu Grid Legends akan tiba sekitar tahun 2022, terbaru mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan pada 25 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Origin.

Mereka sebelum ini mengumumkan yang ia akan menyertakan perlumbaan di litar dan juga bandar. GRID World Series juga akan kembali tetapi dengan lebih penekanan kepada penceritaan. Pemain akan menjadi pelumba baharu yang cuba untuk menjadi pelumba terbaik, ia akan menyertakan pelbagai adegan aksi nyata yang akan menerima pelakon seperti Ncuti Gatwa.

Selain itu, Grid Legends juga akan menyertakan lebih banyak mod seperti Drift dan juga mod Elimination iaitu mod yang boleh dikatakan sebagai perlumbaan battle royale. Bagi sesi multi-pemain pula, Grid Legends menyokong fungsi rentas platform dan ia juga akan memudahkan pemain untuk bermain dengan rakan.

Sesi pra-tempahan kini dibuka di mana ia ditawarkan dengan harga bermula RM199, setiap pra-tempahan akan diberikan kandungan Seneca & Ravenwest Double-Pack iaitu yang antaranya menyertakan tambahan empat kereta Aston Martin Vantage GT4, Porsche 962C, Ginetta G55 GT4, dan Koenigsegg Jesko.

Sohor Kini