Riot Games bakal melancarkan penambahan terbaru untuk Legends of Runeterra iaitu Magic Misadventures pada minggu ini. Ia akan menyertakan 43 kad baharu termasuk juga empat champions, iaitu Ahri, Rumble, Pantheon dan Kennen.

Penambahan ini akan disertakan melalui kemaskini 2.21 yang akan juga menyertakan pelbagai barangan kosmetik baharu serta keyword baharu iaitu Fated yang akan mendapat +1/+1 apabila menerima sesuatu dari kad rakan, sekali setiap pusingan.

Bagi barangan kosmetik, tiga Champions akan mendapat kostum baharu iaitu Santa Braum, Winter Queen Ahri iaitu Champions yang baru tiba di dalam penambahan ini dan Earnest Elf Tristana. Manakala hiasan papan pula adalah Vastayan Glade yang memfokuskan kepada Ahri bersama dengan hiasan kad serta emotes.

Barangan kosmetik berdasarkan Ahri boleh didapatkan dalam satu berkas iaitu Elusive Elements yang ditawarkan dengan harga 4721 Coins, harga akan diubah mengikut barangan yang sudah dimiliki.

Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.

Sohor Kini