Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang Uncharted: Legacy of Thieves Collection akan dikeluarkan pada 28 Januari 2021 untuk PlayStation 5, manakala di PC yang turut diumumkan sebelum ini akan tiba di tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection ini akan menyertakan Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy untuk versi penambah-baikkan. Di mana dari segi grafik ia akan mempunyai tiga pilihan mod grafik iaitu;

  • Fidelity Mode – 4K/30FPS
  • Performance Mode – Menyasarkan 60FPS
  • Performance+ Mode – 1080p/120FPS

Selain itu, ia juga akan menyokong segala fungsi untuk PlayStation 5 dan DualSense seperti pemuatan yang pantas (segera), audio spatial dan juga getaran haptik.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection akan ditawarkan secara fizikal dan digital dengan harga RM209, manakala jika anda sudah memiliki Uncharted 4: A Thief’s End atau Uncharted: The Lost Legacy, anda boleh naik taraf ke Uncharted: Legacy of Thieves Collection dengan bayaran RM40 sahaja.

Ia adalah untuk versi fizikal dan versi digital, bagi versi fizikal, cakera perlu digunakan setiap kali ingin memuat turun dan juga bermain. Manakala bagi versi digital, malangnya kedua-dua permainan tersebut tidak lagi ditawarkan di PS Store dan yang mendapatkan permainan ini melalui PS Plus juga tidak dapat naik taraf dengan harga tersebut.

Sohor Kini