Legend of Mana Remastered Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Square Enix telah mengumumkan yang Legend of Mana versi penambah-baikkan sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan keempat di dalam siri ini, dan dikeluarkan pada tahun 1999, versi Remastered sudah tiba untuk PS4, Nintendo Switch dan PC pada bulan Jun lepas.

Selain menyertakan kualiti grafik yang lebih baik, versi ini juga menyertakan pelbagai fungsi lain seperti menutup pertempuran rawak, fungsi simpan iaitu secara automatik dan pemain juga boleh simpan permainan pada bila-bila masa sahaja.

Buat masa ini ia ditawarkan dengan harga RM89.90 di Play Store, manakala di App Store ia masih tidak disenaraikan di Malaysia tetapi berkemungkinan besar akan mempunyai harga yang sama apabila ia tiba dalam masa terdekat.

Sohor Kini