Anno 1800 Akan Menerima 3 DLC Untuk Musim 4 Dan Mod Eden Burning

Ubisoft telah mengacah musim ke-4 untuk Anno 1800, di mana mereka mengatakan sepanjang musim ini, ia akan menerima 3 DLC. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang mod Eden Burning akan disertakan di dalam permainan secara percuma pada 14 Disember 2021. Melalui Eden Burning ia akan menyertakan mod baharu iaitu Scenarios yang menyertakan mekanik rogue-like. Ia akan memaksa pemain untuk membina bandar dengan mementingkan alam sekitar. Mereka juga mengatakan yang senario baharu akan disertakan bersama DLC.

Ubisoft turut mengatakan yang permainan tersebut kini mempunyai 2 juta pemain dan untuk menyambut pencapaian tersebut, pemain akan menerima dua hiasan untuk kapal iaitu satu untuk Battlecruiser dan satu untuk Ship of the Line.

Anno 1800 sudah dikeluarkan untuk PC melalui Ubisoft Connect dan Epic Games Store.

Sohor Kini