Filem baharu The Matrix iaitu The Matrix: Resurrections akan tiba di pawagam pada 23 Disember ini, bersempena dengannya Epic Games bekerjasama dengan filem tersebut untuk hadir dengan The Matrix Awakens.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia adalah satu permainan video yang boleh dimainkan ataupun sekadar video, namun ia disahkan sebagai demo untuk teknologi yang dibawa oleh Unreal Engine.

Anda boleh tonton treler acah untuknya di bawah dan pengumuman penuh akan dilakukan pada The Game Awards yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Sebelum pengumuman lanjut, anda kini boleh memuat turun The Matrix Awakens melalui PlayStation 5 dan juga Xbox Series. Konsol generasi lepas dan PC tidak disertakan sekurang-kurangnya buat masa ini.

Ini bukanlah pertama kali Epic Games memperlihatkan kebolehan Unreal Engine, pada tahun lepas mereka sudah hadir dengan satu demo yang memfokuskan kepada visual di PS5.

Sohor Kini