One Piece adalah antara siri manga dan anime paling popular di dunia, hadir sejak tahun 1997 lagi, ia telah diikuti oleh jutaan pembaca dan penonton. Jika adalah salah seorang daripadanya, ini adalah peluang untuk mendapat aksesori istimewa berdasarkan One Piece iaitu jam tangan Seiko 5 Sports Edisi Terhad One Piece

Jam tangan ini akan dikeluarkan secara terhad di mana hanya 5000 unit sahaja yang akan ditawarkan secara global, bagi memastikan peminat di Malaysia tidak terlepas untuk mendapatkannya, City Chain telah membuka sesi pra-tempahan untuk jam tangan tersebut, di mana anda boleh lakukannya di laman rasmi City Chain.

Sesi pra-tempahan ini dilakukan secara eksklusif secara dalam talian dan penghantaran adalah percuma ke seluruh negara.

5 Rekaan Berdasarkan 5 Watak

Seiko 5 Sports Edisi Terhad One Piece hadir dengan 5 rekaan yang berbeza di mana setiapnya mengambil watak daripada One Piece sebagai inspirasi dan membawa gaya “Street Style”.

SEIKO 5 SPORTS ONE PIECE LUFFY Model SRPH65K1

Kita mesti mulakan dengan Luffy ataupun Monkey D. Luffy sebagai kapten utama di dalam siri One Piece. Bagi jam tangan yang mewakili Luffy, ia mempunyai pelbagai rekaan mengambil inspirasi daripadanya. Antaranya adalah pattern di jam adalah seperti wap stim yang keluar apabila Luffy mula menggunakan Gear.

Di bahagian belakang jam mempunyai simbol Straw Hat dengan perkataan “I’m gonna be king of the pirates!” bersama dengan nombor keluaran iaitu dari 0001/5000 hingga 5000/5000. Di bahagian crown jam, akan terdapat parut seperti yang terdapat di bawah mata Luffy. Di bahagian atas berhampiran jam 12 juga terdapat penanda menggambarkan abjad ‘D’ yang terdapat di nama Luffy dan juga merupakan salah satu perkara misteri di dalam siri One Piece.

Anda boleh lakukan pra-tempahan untuk Seiko 5 Sports Luffy sekarang di Kedai Dalam Talian City Chain: https://www.citychain.com.my/seiko-5-sports-one-piece/p/srph65k1 (guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200).

SEIKO 5 SPORTS ONE PIECE LAW Model SRPH63K1

Model seterusnya adalah berdasarkan watak Law ataupun Trafalgar D. Water Law yang merupakan kapten untuk kumpulan lanun Heart Pirates dan juga salah seorang di dalam “Worst Generation” bersama dengan Luffy. Pattern di bahagian muka jam termasuk juga tali menggunakan rekaan seperti yang terdapat di peta Law.

Di bahagian belakang mempunyai simbol Corazon dengan kata-katak “I’m fulfilling someone’s long-held desire!!” bersama dengan nombor keluaran iaitu dari 0001/5000 hingga 5000/5000. Di bahagian crown terdapat simbol seperti yang boleh dilihat di sarung pedang Law. Seperti Luffy, Law juga mempunyai D namanya dan sebahagian di dalam misteri Will of D, oleh itu D terdapat di bahagian bawah jam berhampiran dengan jam 6.

Anda boleh lakukan pra-tempahan untuk Seiko 5 Sports Law sekarang di kedai dalam talian City Chain – https://www.citychain.com.my/seiko-5-sports-one-piece/p/srph63k1 (guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200).

SEIKO 5 SPORTS ONE PIECE SANJI Model SRPH69K1

Sanji ataupun Vinsmoke Sanji adalah salah seorang daripada krew kumpulan lanun Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Dia juga merupakan tukang masak untuk kumpulan tersebut. Jam tangan Sanji mempunyai rekaan tapak kaki yang menggambarkan serangan utama Sanji yang mempunyai tendangan yang kuat.

Di bahagian belakang mempunyai simbol untuk tukang masak bagi kumpulan lanun dengan kata-kata “I’m going to find the All Blue” bersama dengan nombor keluarkan dari 0001/5000 sehingga 5000/5000. Bahagian bezel yang menghitamkan nombor 3 mengambil rekaan berdasarkan Sanji sebagai anak ketiga di dalam keluarga Vinsmoke dan juga kostum Raid dia yang mempunyai nombor 3. Di Crown akan terdapat simbol berdasarkan kening Sanji.

Anda boleh lakukan pra-tempahan untukSeiko 5 Sports Sanji sekarang di Kedai Dalam Talian City Chain – https://www.citychain.com.my/seiko-5-sports-one-piece/p/srph69k1 (guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200) .

SEIKO 5 SPORTS ONE PIECE ZORO Model SRPH67K1

Roronoa Zoro ataupun Zoro adalah krew pertama yang menyertai Luffy di dalam kumpulan Straw Hat, sebelum ini dia adalah seorang pemburu bounty. Rekaan pada muka dan juga tali jam memperlihatkan kesan potongan pedang, menggambarkan Zoro yang menggunakan pedang sebagai senjata utama.

Di bahagian belakang terdapat simbol pedang dan juga sarung untuk Wado Ichimonji iaitu salah satu pedang yang digunakan oleh Zoro dengan kata-katak “I’m going to be the world’s greatest swordsman!”. Di bahagian bezel jam terdapat simbol kepada kuasa Haki dan tiga lekuk yang berbentuk seperti pedang-pedang zoro. Di Crown terdapat simbol menggambarkan kesan tusukan pedang.

Anda boleh lakukan pra-tempahan untuk Seiko 5 Sports Zoro sekarang di Kedai Dalam Talian City Chain – https://www.citychain.com.my/seiko-5-sports-one-piece/p/srph67k1 (guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200).

SEIKO 5 SPORTS ONE PIECE SABO Model SRPH71K1

Sabo merupakan orang no. 2 di dalam Tentera Revolutionary dan merupakan ‘abang’ kepada Luffy dan juga Ace. Jam ini walaupun berdasarkan Sabo tetapi banyak mengambil inspirasi daripada Ace menggambarkan pehubungan mereka berdua. Rekaan pada muka jam dan juga tali adalah gambaran kepada nyalaan api untuk kebolehan Sabo iaitu Flame Fist seperti gerakan yang dilakukan oleh Ace.

Di bahagian belakang terdapat topi yang sering dipakai oleh Ace dengan kata-kata “It’s up to us to continue living out his will !!!” Dengan nombor keluaran iaitu 00001/5000 sehingga 5000/5000. Di bahagian bezel terdapat ungkiran “no. 2” dan di bahagian Crown terdapat simbol ‘Flame-Flame Fruit’ yang Sabo dapat daripada Ace.

Anda boleh lakukan pra-tempahan untuk Seiko 5 Sports Sabo sekarang di Kedai Dalam Talian City Chain – https://www.citychain.com.my/seiko-5-sports-one-piece/p/srph71k1 (guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200).

Setiap model jam ini boleh didapatkan dengan harga RM1,980 ataupun dapatkan kelima-lima jam tangan dengan harga promosi RM8,615.00 iaitu penjimatan hampir RM1,300. Ia juga akan hadir dengan kotak rekaan khas yang mempunyai simbol untuk setiap watak bersama dengan kad muat turun yang menyertakan ilustrasi asal untuk kerjasama ini.

Pra-tempahan boleh dilakukan di laman City Chain di pautan ini dan guna kod promo ‘JOY200’ untuk potongan RM200.

Kuiz dan Jerayawara

Selain membuka peluang kepada anda untuk melakukan pra-tempahan, City Chain juga menganjurkan kuiz bersempena dengan pelancaran model jam ini. Kuiz ini akan berakhir pada 15 Disember 2021. 10 peserta yang memberi jawapan yang tepat akan dipilih secara rawak dan diumumkan pada 17 Disember 2021.

Maklumat lanjut untuk kuiz ini boleh didapatkan di pautan ini.

City Chain juga akan menganjurkan jerayawara bersempena dengan ulang tahun yang ke 140 untuk Seiko. Jerayawara ini akan berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid bermula pada 20 sehingga 26 Disember 2021. Mereka juga akan melakukan pelancaran rasmi untuk Seiko 5 Sports One Piece dan akan dipamerkan untuk memberi peluang kepada pengunjung melihatnya secara lebih dekat.

Pastikan anda tidak terlepas mengunjungi jerayawara ini dan juga menyertai kuiz untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai jam tangan One Piece ini ataupun penawaran terbaru oleh City Chain pastikan anda mengikuti laman Facebook rasmi mereka – https://www.facebook.com/CityChainMalaysia/ dan juga Instagram mereka – https://www.instagram.com/citychainmy/.

Sohor Kini