The Game Awards akan berlangsung 9 Disember ini dan mereka telah megacahkan akan terdapat pelbagai pengumuman menarik akan dilakukan bersama dengan pengumuman untuk pemenang-pemenang 30 anugerah yang disertakan.

Baca: Berikut Adalah Pencalonan Untuk The Game Awards Dan Pemenang Pilihan Kami – Metroid Dread Permainan Terbaik?

Antara pengumuman yang akan dilakukan adalah dari Microsoft, di mana melalui satu ciapan mereka mengacahkan 4 permainan baharu akan diumumkan untuk Xbox Game Pass for PC, selain menyenaraikan permainan-permainan yang sudah diumumkan sebelum ini.

Geoff Keighley iaitu pengarah untuk acara anugerah ini juga mengatakan yang akan terdapat 4 atau 5 pengumuman yang dilakukan ketika The Game Awards adalah sebesar pengumuman Elden Ring.

The Game Awards akan berlangsung pada 9 Disember 2021, dan kembali sebagai acara fizikal di Microsoft Theater, Los Angeles

Sohor Kini