Insomniac Games telah mengumumkan yang dua kostum Spider-man yang akan digunakan oleh Peter Parker di dalam filem Spider-man: No Way Home akan disertakan di dalam Marvel’s Spider-man Remastered pada 10 Disember ini. Anda boleh lihat kostum tersebut melalui video di bawah.

Oleh kerana kostum ini adalah Untuk Marvel’s Spider-man Remastered sahaja, oleh itu ia tidak akan disertakan kepada pemilik Marvel’s Spider-man di PlayStation 4. Tidak mengejutkan ia telah menerima kritikan oleh pemain dan Insomniac Games telah memberi penjelasan untuknya;

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, kami sudah mengemaskini Marvel’s Spider-man (PS4) 19 kali, menambah lebih banyak kostum daripada apa yang dirancangkan. Setiap kemaskini, secara teknikalnya menjadi lebih sukar, terutama untuk mengekalkan prestasi penstriman HDD PS4.

Bagi memastikan pemain dapat bermain Marvel’s Spider-Man (PS4) dengan prestasi yang terbaik, kami mengambil keputusan untuk melancarkan kostum baharu di Marvel’s Spider-Man Remastered (PS5) di mana enjin yang digunakan oleh PS5 membolehkan kami melakukan kemaskini tanpa memberi kesan kepada pengalaman pemain.”

Penjelasan yang diberikan oleh Insomniac Games bagi kami adalah masuk akal, mengemaskini permainan yang lama boleh membawa kepada pelbagai masalah berlainan. Namun, kami masih berpendapat yang Marvel’s Spider-man Remastered seharusnya diberikan sebagai naik taraf percuma kepada pemain yang memiliki permainan asal.

Sohor Kini