EA dan Respawn telah mengumumkan acara masa terhad baharu untuk permainan battle royale Apex Legends. Acara Raiders Collection akan bermula pada 7 Disember sehingga 21 Disember.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Acara masa terhad ini akan membawa mod Winter Express yang sudah tiba sebelum ini, melaluinya pemain boleh merompak kereta api di peta World’s Edge dan kali ini pemain boleh memilih senjata untuk di bawa naik ke kereta api tersebut.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kosmetik baharu yang dihasilkan untuk watak Valkyrie, Loba, Revenant, Bloodhound, Pathfinder, Wattson dan Wraith, Kumpul semua barangan ini, pemain akan mendapat heirloom untuk Wattson iaitu Energy Reader.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini