Milestone telah mengumumkan kandungan tambahan terbaru untuk permainan Hot Wheels Unleashed mereka dan kali ini ia akan membawa pemain ke Gotham dengan kandungan berdasarkan adiwira popular Batman. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Batman Expansion ini akan menyertakan peta baharu yang mengambil inspirasi daripada Gotham, iaitu persekitaran berdasarkan Batcave. Modul Pembinaan Litar juga disertakan iaitu Joker Funhouse Split, barangan kosmetik dan juga 5 pilihan kereta iaitu The Joker GT, The Penguin, Batman Rebirth, Robin 2.0T, dan Armored Batman. Penambahan ini boleh didapatkan dengan harga RM30.

Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada 27 September 2021.

Sohor Kini