Vertigo Games sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan tiga permainan realiti maya dan antaranya adalah After the Fall. Kini, mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 9 Disember 2021 untuk Meta Quest 2, PlayStation VR dan Steam.

After the Fall adalah permainan menembak koperasi di mana pemain akan bekerjasama untuk melawan dengan pelbagai jenis zombi. Ia akan menyokong fungsi rentas platform membolehkan anda bermain bersama dengan pemain di platform lain contohnya PSVR dengan Meta Quest 2.

Anda boleh tonton treler yang memfokuskan kepada fungsi rentas platform ini dibawah.

Vertigo Games juga mengumumkan pelbagai kandungan tambahan akan tiba selepas pelancaran untuk After the Fall, antaranya adalah peta, mod permainan dan juga fungsi baharu. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini